Ahad, 28 Julai 2013

Pemergian yang Terpilu

Pada hari sabtu, 22 June 2013 bersamaan 13 syaaban.. adalah hari yang paling menyedihkan dalam hidup aku.. Mak yang melahirkan,membesarkan,memanjakan aku selama 27 tahun telah pergi meninggalkan aku untuk menghadap Ilahi...
Kenapa la aku tak perasan yang mak nak tiggalkan kami sekeluarga. padahal banyak tanda2 yang mak bagitahu kat aku, tapi jahatnya hati sebab tak nak menerima semua itu...
segar lagi di ingatan ku... kali terakhir aku bertemu seminggu (Ahad) sebelum mak pergi selama-lamanya...sebelum tu bila telefon mak mak kata sakit perut,tak lalu makan,buang2 air..tapi jantung ni macam nak meletup je..meronta2 nak jumpa dengan mak, nak tahu keadaan mak.. tak tahu kenapa, berbekalkan tenaga yang ada kerana puasa aku kesana kesini mencari farmasi untuk cari ubat mak. lepas je minta pendapat ahli farmasi dia syorkan aku cuba gaviscon sebab mak memang ada gastrik..
niat aku nak ajak mak tinggal dengan kami sampai mak sihat..semoga mak nak iku kami balik ke kulai, aku dan suami pun balik kempas dan berbuka bersama mak. aku pun tolak wheelchair mak supaya mak makan bersama-sama kami. tapi mak tak makan pun mak hanya tenung aku, sampai aku tegur,"mak kenapa tengok ain, mak jawab, aik nak tengok pun tak boleh ke?"
selepas je solat maghrib, mak pun baring dalam bilik, aku pun salam mak untuk balik sebab sok aku kerja.. tiba2 je mak tarik tangan aku dan cium pipi aku..mak jarang mcm tu..aku pun balas balik..tak sangka itu adalah ciuman terakhir mak bagi kat aku..tiba2 je mak bangun dan naik wheelchair dia, aku tanya mak nak ke mana? kalo mak penat, mak baring je..takpe, nanti ain kunci pintu untuk mak..maklumla ayah dan adik2 aku sume balik lewat.. mak pun jawab "nak tengok ko balik.." tiba2 mak macam nak muntah, aku pun urut badan mak dan aku pujuk mak ikut kami balik kulai lagi, tapi mak tak nak, dia cakap ayah xbagi la,sian kat adik la, kang jadi apa2 kat mak sape yang ada kalau aku kerja...aku pun terima la mak tak nak ikut..
bila aku diluar rumah, mata mak tak berganjak tengok aku, aku pun tengok je mak sampai la rumah tak kelihatan..dalam kereta aku cakap ngan suami, "rasa macam tak sedap hati..walaupun da jumpe mak...macam ada sesuatu yang menyesakkan dada aku da 2 minggu..." suami cakap tak ada ape2 la..perasaan je tu...
soknya mak telefon aku..bagitahu mabuk da kurang,da boleh makan, siap terima kasih kat aku sebab belikan mak ubat.. aku pun cakap ngan mak, xde ape2 yang penting, kalo ubat mak mahal tapi mak sihat, ain sanggup belikan.. gembira bila aku dengar mak da sihat..
tapi tu la mak da bahagia di sana..Allah lebih sayangkan mak.. semoga Allah tempatkan mak di tempat orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah untuk ibuku Tersayang Rosnah Binti Abu (31 August 1955)

Kenangan terakhir  Ulangtahun perkahwinan mak dan ayah yang ke 32 tahun 11 April 2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan