Sabtu, 6 April 2013

BE MINE - Tasha Manshahar Ft Syed Syamim




Akhirnya dapat gak cari lagu ni.. setiap kali dengar lagu ni kat siaran radio Best104 (Stesen radio Johor) setiap kali tu la aku mencari tajuk lagu ni.. mesti korang akan pelik kenapa aku dengar kat Best104, padahal kat radio lain selalu memainkan lagu ni. jawapannya, aku dan suami memang suka dengar siaran ni..."Anak Jati Johor katakan" hehe.. meh aku citerkan sikit2 pasal radio Best104 ni, Best 104 ialah sebuah stesen radio swasta kormisel kedua di Malaysia dan radio swasta pertama ditempatkan di luar Kuala Lumpur, iaitu di Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Slogannya ialah "Sensasi Selatan". siaran Best104 ni kat belah utara pun dapat tau. bukan kat johor saje. walaupun radio ni kurang dikenali tetapi stesen radio ni la yang selalu aku dengar dan dekat di hati. memang best giler dengar radio ni lagi2 bile cecah jam 2pagi.. cube korang dengar msti tangkap lentoq punye, dan pada sesiapa yang lepas putus cinta dan tak boleh tido malam boleh la layan lagu kat sini..mesti meleleh punya..huhuhu..

Erm...tetibe terkenang zaman belajar dlu.... kekawan sume suke belajar awal..bila da cecah jam 1@2 pagi mesti diorang tido. tp aku ni lain sikit.. lepas je isyak compom aku terbongkang tido.. pastu bangun waktu kekawan sume da tido.. ni la tips pertama aku untuk berjaya. belajar bila kite da rehatkan mata setelah seharian penat belajar. semasa di rumah sewa aku dengar radio. tapi bila da dok asrama ni mana bole bawak radio nasib baik  berbekalkan handphone yang pakwe belikan dulu (sekarang da jadi suami) mula je nk belajar msti cari earphone untuk mendengar siaran Best104 dengar lagu2 yang mengusik jiwa, baru la semangat nak belajar, ni tips kedua.. hihi

Tips ketiga buatla nota kecik (ni bukan TOYOL ye). belajar mestilah tumpukan perhatian sepenuhnya, bila kita faham baru la senang kita buat nota kecik. alhamdulillah.. aku berjaya bila aku amalkan tips2 yang aku cipta untuk diri aku sendiri. setiap sem dapat 3.5+ kecuali practikal.

berbalik dengan lagu BE MINE ni... lagu ni sangat comel bagi aku... setiap kali dengar mesti aku tanya si suami 
aku : "bang, dengar tak dj ckp tajuk lagu ni?.. 
jawapan si suami : "ntah,dia takde bagitahu pun" atau dia jawab "laju sangat dj tu bgth tajuknya, abang tak sempat dengar la yang"  (^.^)'' hampeh btul jawapan dia.

Untuk sekian lama kami suami isteri cari lagu ni, akhirnya dapat gak jawapan melalui nama penyanyinya Tasha Manshahar Ft Syed Shamim.hehehe. Be Mine tajuknya... sweet kan tajuknya se sweet lagunya...hihi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan