blog aku kali ni mengenai UPT (urine pregnant test). Cube korang tengok gambar di atas, memang boleh nampak kan line lagi 1 tapi tapi samar... kalo guna mata kasar kita memang boleh nampak la...hehehe, semenjak aku kawen 11.10.2009 hingga ke arini "da nak masuk 4 taun" dan da berpuluh UPT aku beli tp hasilnya memang negatif,nak nampak samar2 pun tak de la kan.. tapi??? ni je la UPT aku yang kuar line lagi 1, wlaupun samar. UPT ni aku cek lepas balik keje selepas 1 hari aku dapat khabar gembira kak zack mengandung anak kedua, walaupun aku yang "eksited" tentang kehamilan dia, tapi hati aku sebenarnya sedih (T_T) huwahhhhh!!!! tapi aku tak nak la tunjuk, aku ni kan kuat orangnye..ceh!ceh!ceh!!!
aku test UPT ni petang 17/04/13 (rabu), banyak orang kata kalo test pagi lagi accurate,tapi aku ni cube je. lepas je aku celop benda ni, aku tengok macam 1 je yang naik, then aku pun mandi,sebab aku tau keputusannya, maklumla aku ni memg period tak teratur walaupun da 15hari aku lewat. sebelum kuar toilet aku saja je tengok2 mana tau ada double line tiba2 aku macam perasan ada 2 line, tapi tak nak la layan perasaan mungkin tersalah,sebab samar dan aku nak cepat malas nak telek bende tu sebab da nak maghrib dan belum masak lagi.
lepas je solat maghrib perasaan aku kuat untuk tengok betul2 UPT tu, terperanjat aku, sekali tengok memang ada 2 line, aku tak nak happy sangat takut kecewa,bagi aku ini adalah permulaan Allah nak tunjuk pada aku. aku senyap je malam tu, tak bagitahu suami pun,takut aku salah tangok, sampai la keesokan paginya aku tengok lagi sekali memang ada line lagi aku pun tunjukkan suami, aku tanya dia "abg nampak 1 ke 2 line?...dia cakap 2 line tapi lagi satu kabur...kenapa ni dia tanya aku, aku cakap la mungkin kalo 2 ni +ve tapi dia kata jangan happy sangat takut kecewa, aku pun angguk..sampai je kat opis aku tanya kak niza.."akak nampak berapa line? jawapan yang sama dari kak niza 2line tapi samar.. aku pun senyum je. mana la tau mungkin rezeki aku setelah hampir 4tahun kawen dan pelbagai ikhtiar aku cube..
disebabkan kak zack tak datang untuk tanya pendapat dia, aku pun tanya la sri, dia ni tengah prgnant anak ke2. dia kata masih weak lg,sebab samar2, berhati2, dia suh aku cek pagi sok, so aku pun ikutla kata dia, esok paginya aku pun buat lagi sekali, tup2...
hah!! negatif, clear tau...xde pun samar2,sikit pun idok ada..huwaaaaahhhh!!! ingat nak g klinik tanya masalah aku ni, tapi sebelum pergi aku kene mine set dlu takut kecewa hookey!! mind set bahawa aku memang tak mengandung, mungkin UPT tu salah, aku yang kene positif...erm..maklumlah semenjak da kawen hampir 4 tahun ni pengalaman mengajar kita lebih tabah, redha dengan ketentuan-Nya, Allah tu Maha Adil, Dia tahu tahap kemampuan kita untuk menjadi seorang ibu dan juga ayah..aku suka dengan kata-kata dari blog2 yang aku telah baca, "selagi kita belum datang haid,selagi tu kita berdoa agar peroleh zuriat, mana la tau dia sorok2 dalam rahim kita" so, jangan la sesekali makan ubat turunkan period, sebab aku ada baca ramai yang tak tahu pun dia mengandung, tup..tup!!! dia keguguran.
Jangan putus asa berusaha serta berdoa untuk peroleh zuriat, jika da rezeki, akan datang jua, Allah telah merancang perjalanan hidup kita dengan baik sekali.. Allah itu Maha Adil dan Maha mengetahui. semoga Allah perkenankan doa hamba-Mu ini untuk mendapat zuriat dari benih dan rahim ku sendiri.. Amin Ya Rabbal Alamin.