Rabu, 13 Februari 2013

langkawi - 1st Day

setelah check in Jam 4.30 ptg, kami berempat pn mengambil kesempatan untuk solat dan mandi, memang tidak sempat nk rehat kerana masing2 da kelaparan.hehehe

kami pun memulakan langkah untuk mencari kedai makan. di sebabkan kami menginap di pekan kuah tidaklah susah untuk mencari kedai makan sbb banyak. sebelum tu isi minyak dulu sebab agen akan bagi kite kereta memang ngam2 sampai pam minyak.. ikut kepada saranan yang saya research dalam blog, isi minyak 20ringgit je untuk percutian 3h 2m sebab langkawi ni xdela besar sangat 45 minit je pusing satu pulau. 

aktiviti 1 : makan di GM Burger. Kelibang 

nasi putih 2
tomyam ayam
nasi goreng usa
nasi goreng kampung
kueh teaw kerang
telur dadar
jus tembikai 2
carrot susu
limau suam
teh ais 2
horlick ais

total kami makan ni tak sampai RM 35. 

aktiviti 2 : Pantai Cenang (tengok matahari terbenam....)


cantikkan matahari terbenam.. inilah ciptaan Allah semuanya indah.


kami disini sekejap je sbb da nk magrib. kami pun bertolak untuk kembali ke pekan kuah. sebelum tu.. posing2 dlu untuk buat gambar kenang-kenangan..hehe


aktiviti 3 : Pekan Kuah (survey2 barang)

sepanjang perjalanan kami ke pantai cenang td. memang senang nak cari tempat sbb semua ada signboard so xperlulah risau akan sesat. kami ingat nak singgah beras terbakar tapi sesak plak sbb ada pasar malam..mmg ramai nak lalu pn xbole maklumlah kami pergi waktu raya cina. kami pun teruskan perjalanan ke pekan kuah untuk survey barang yang sudah disenarai pendekkn oleh saya..hehehe

kami berjalan2 di gerai2 tepi jalan berdekatan Haji Ismail Group (yang jual coklat semua), memang banyak pilihan, rambang mata kami. sbb kan kami da puas tawar menawar akhirnya kami terus beli souvenir untuk family di johor.  tips yang perlu ada, mesti pndai tawar menawar untuk dapat harga yang murah.. 

setelah penat berjalan n habiskan duit, kami pun balik ke motel untuk berehat. lenguh kaki,tangan dan badan..hehe


==@" bersambung


Tiada ulasan:

Catat Ulasan