Khamis, 14 Februari 2013

3rd Day (last day)

Aktiviti kami last day ni banyak. tempat yang perlu kami pergi sebelum balik ke johor, takut ralat tak dapat pergi.. kang terkenang-kenang plak.

  1. melawat dataran helang
  2. menaiki kereta kebal
  3. melawat tempat beras terbakar
  4. melawat makam mahsuri

Bermula jam 6.30 pagi sesudah subuh, kami memulakan aktiviti kami. walaupun kaki kepenatan akibat mendaki anak tangga untuk ke tasik dayang bunting, kami sume gagahkan juga untuk meneruskan aktiviti pertama iaitu beli tiket feri. sampai je kat jeti point tengok2 Pergh!! punya la panjang orang beratur.. rupa2nya kaunter buka jam 7 pagi. kami pun buat plan pecah 2, saya dan suami kat line lain, icam dan lin pun beratur tempat lain. baru je beratur kejap di line saya, tibe2 kaunter open. saya dan suami dapat beli dulu. so icam dan lin keluar dari line mereka. tiket kami jam 4.00 petang. sempat la kami meneruskan aktiviti kami yang di rancang.


DATARAN LANG


masih lagi dalam keadaan gelap, kami menuju ke dataran helang yang merupakan mercu tanda langkawi. terletak kira2 5minit dari jeti point. 

setelah posing2 ambik gambar kenangan. kami pun gerak ke taman lagenda yang terletak bersebelahan dengan dataran helang ini.



TAMAN LAGENDA


kami disini tidak lama, sebab masih awal pagi lagi. sempat ambik gambar je.
memandangkan perut masing2 dah lapar kami terus cari gerai untuk sarapan. kami sarapan di kawasan berdekatan jeti untuk ke island hopping, makan tengahari pun ada. kami semua makan nasi je.. senang sikt, boleh tahan lama.

setelah makan, kami menuju ke motel untuk mengemas barang2 dan check out. memandangkan checkout pukul 12.00 kami takut tak sempat nak blik semula pada waktu itu. tu yang check out cepat. nasib baik la pekerja di situ baik, kami tumpangkan beg dan barang yang kami beli di lobby. kalau tidak, berat la kereta kami untuk menuju ke gunung mat cincang.

ORIENTAL VILLAGE (CABLE CAR)

perjalanannya tak susah sangat, signboard pun ada ikut je, dalam 1/2 jam kami sampai disitu.jam baru 9.00 masih belum ramai orang lagi. saya pun mengumpulkan mykad untuk membeli tiket. seorang RM15 je. xde la mahal sangat. kami ingat RM50+ hehe
















kami menunggu turn untuk menaiki kereta kabel. lebih kurang 45 minit kami menuggu.. akhirnya dapat juga saya naik.. yang lain sume da pernah naik...


selesai sudah aktiviti menaiki kereta kabel.
bila sampai di bawah korang akan di sediakan gambar kenangan berharga RM60. tapi kami tak beli pun sebab mahal sangat.hehehe




BERAS TERBAKAR














Beras Terbakar merupakan salah satu kawasan sejarah di langkawi. kami disini untuk melawat tapak beras terbakar dan mencari cenderahati sikit. disebabkan kami da beli semalam saya hanya beli kain sembahyang dan cokelat sikit ..

ini adalah  destinasi terakhir kami di langkawi.kami tidak sempat untuk ke makam mahsuri kerana kesuntukan masa, memandangkan jam sudah pukul 1 lebih, kami semua bergegas untuk solat dan terus ke jeti untuk pulangkan kereta sewa kami. tepat pukul 2.30 kami pun sampai di jeti. kami pun masuk ke kawasan menunggu feri tidak di kenakan cukai kerana kami duduk di langkawi selama 3H2M.

tepat jam 6.30 petang, kami pun tiba di jeti kuala kedah. selepas maghrib kami pun bertolak balik ke johor.

alhamdullillah. pukul 11 pagi kami sampai ke rumah masing2. jom tengok barang yang saya bersama suami beli. ni barang2 termasuk dengan barang yang kawan n adik beradik kirim.


                                                                                                           ~ the end ~

Langkawi 2nd Day

setelah rehat dan kumpul tenaga untuk aktiviti 2nd day.kami pun memulakan aktiviti pada hari kedua ni dengan mengisi perut di restoran mamak berdekatan motel kami.saranan kepada sesiapa yang ingin ke island hopping ni.. mstila "makan" dan "bawak air" kalo tidak lapar dan hauslah korang nanti sbb disepanjang aktiviti island hopping ni tiada kedai menjual makanan.. sarapan pagi :


nasi lemak ayam - 2
roti kosong 3 kuah banjir
roti telur dan kosong
teh tarik 
nes tarik
horlick ais
teh limau ais 
air mineral 2 btl 

total : semua dalam rm30 (mahal giler) xmo makan situ lagi.. howa (^.^)"



AKTIVITI 1 : Island Hopping



semasa menunggu agen sempat kami bergambar di peta besar langkawi berdepan dengan motel kami.

standby untuk menungu bot. ada lagi orang yang lom sampai.






Destinasi 1: Pulau beras basah
airnya berwarna biru. memang bersih tiada percemaran pn.






Destinasi 2: Pulau singa besar 

helangnya xnampak sangat, xsempat nak ambik dekat2.


Destinasi 3 : Pulau tasik dayang bunting






ni gambar sebelum sampai pulaunya. nampak dengan jelas bentuk orang mengandung. betul kan..kan.. 

selesai sudah aktiviti island hopping kami. nanti bila da turun bot akan ada org jual gambar dalam piring. RM10 je.


P/s - perlu ada stamina untuk mendaki anak tangga untuk ke tasik nya.


selepas sampai motel. mandi, solat n siap2 untuk makan tengahari sebab da mengigil kelaparan (saya je..hehehe). kami makan di kedai mamak pagi tadi,seperti biasa memang mahal. makan tengahari sume kena RM 38.00+


setelah kenyang kami meneruskan plan kami untuk shopping


AKTIVITI 2 : Shopping 


Destinasi 1: warisan sireh lagenda


terletak di tepi jalan menuju ke pantai cenang. bole tahan la harga minyak gamat. si suami,icam n lin borong sakan minyak gamat, berdozen2..hehe

saya xberminat sebab mak n family saya xsuke pkai myk gamat. saya beli losen halia untuk angah ni pn sbb dia kirim. jumlah kami beli barang kat sni RM190+ xsampai 200rgt.

Destinasi 2 : idaman suri


ini adalah tempat yang paling saya n suami "teruja" memang dari johor lagi saya teruja. ianya terletak di jalan berlian. nasib ada gps, xde la sesat. 


barang yang saya beli : 


parting set (16") 

magic pan 32" - 3 unit 
soup cookware
cake stand 
spoon/fork

total RM318


lin dan icam saya xtau la diorg beli ape. tp banyak gak.. yang kelakar, masa kat johor diaorg kate xnak sopping. tp last2 diorg pn kemain membeli lagi..hehehe. comfirm kalo korang g msti rambang mata sbb murah2.. kt johor xdapat harga ni.


setelah selesai kat idaman suri kami pun menuju ke Haji Ismail Group untuk beli cokelat


Destinasi 3 : Haji Ismail Group


kat sini saya and lin beli xde la banyak sangat sbb kami cari cokelat je. seperti biasa kalo kat langkawi ni, xsah kalo xbeli daim. saya beli 


daim

vochelle bar
hershey - kisses almond,nuggets almond,drops,nougat.
set knife - 2 set,

total RM 195


Destinasi 4: Bazar


bazar semalam yang berdekat haji ismail group (jual cokelat je) untuk beli t-shirt. ada yang xcukup lagi. total kami beli cenderahati (campur semalam punya) kurang RM 400. ini xtermasuk yang beli sendiri2. 


huh!! setelah penat kami menghabiskan tenaga dan duit. balik ke motel dan rehat. 


malamnya kami makan berdekatan jeti island hopping. total makan malam kami bawah RM 35.




==@" bersambung


Rabu, 13 Februari 2013

langkawi - 1st Day

setelah check in Jam 4.30 ptg, kami berempat pn mengambil kesempatan untuk solat dan mandi, memang tidak sempat nk rehat kerana masing2 da kelaparan.hehehe

kami pun memulakan langkah untuk mencari kedai makan. di sebabkan kami menginap di pekan kuah tidaklah susah untuk mencari kedai makan sbb banyak. sebelum tu isi minyak dulu sebab agen akan bagi kite kereta memang ngam2 sampai pam minyak.. ikut kepada saranan yang saya research dalam blog, isi minyak 20ringgit je untuk percutian 3h 2m sebab langkawi ni xdela besar sangat 45 minit je pusing satu pulau. 

aktiviti 1 : makan di GM Burger. Kelibang 

nasi putih 2
tomyam ayam
nasi goreng usa
nasi goreng kampung
kueh teaw kerang
telur dadar
jus tembikai 2
carrot susu
limau suam
teh ais 2
horlick ais

total kami makan ni tak sampai RM 35. 

aktiviti 2 : Pantai Cenang (tengok matahari terbenam....)


cantikkan matahari terbenam.. inilah ciptaan Allah semuanya indah.


kami disini sekejap je sbb da nk magrib. kami pun bertolak untuk kembali ke pekan kuah. sebelum tu.. posing2 dlu untuk buat gambar kenang-kenangan..hehe


aktiviti 3 : Pekan Kuah (survey2 barang)

sepanjang perjalanan kami ke pantai cenang td. memang senang nak cari tempat sbb semua ada signboard so xperlulah risau akan sesat. kami ingat nak singgah beras terbakar tapi sesak plak sbb ada pasar malam..mmg ramai nak lalu pn xbole maklumlah kami pergi waktu raya cina. kami pun teruskan perjalanan ke pekan kuah untuk survey barang yang sudah disenarai pendekkn oleh saya..hehehe

kami berjalan2 di gerai2 tepi jalan berdekatan Haji Ismail Group (yang jual coklat semua), memang banyak pilihan, rambang mata kami. sbb kan kami da puas tawar menawar akhirnya kami terus beli souvenir untuk family di johor.  tips yang perlu ada, mesti pndai tawar menawar untuk dapat harga yang murah.. 

setelah penat berjalan n habiskan duit, kami pun balik ke motel untuk berehat. lenguh kaki,tangan dan badan..hehe


==@" bersambung


Langkawi 2013

setelah merancang selama berbulan2 (setengah tahun gak la) untuk kepulau langkawi, akhirnya kami berempat berkesempatan sampai di langkawi pada raya cina 2013.

saya ke sana bersama kembar suami saya Icam dan isterinye Lin.. hah!!! nampak x diorang dicelah2 langkawi tu...hehehe



Perjalanan kami dari Kulai selepas solat Isyak dalam kul 9 malam, maklumlah melalui info trafik dari twitter memberitahu kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan ke utara tu yang kami bergerak lewat.. untuk sesiapa yang nak ke utara dari jb ni adalah bajetnye :

minyak (petrol ye) - 250 ringgit - ni pergi balik tau
toll - 200 ringgit - ni pun pergi balik
makan,minum dsb - ikut korang la ye

icam dan lin
Alhamdulilah..kami sampai ke utara pada jam 7.30 pagi.. jalan pun xde la jem,mungkin sbb kami bertolak lewat agaknye.. setelah sampai di alor setar kami berehat di rumah pakcik halim (ayah mentua along). kul 2 setelah kenyang dihidangkan kari kedah yang sangat sedap, kami menuju ke jeti kuala kedah yang terletak xjauh dari umah pakcik halim. tepat jam 2.45 petang kami pun "teruja" menaiki feri (first time bagi saya dan lin)

saya (ain) dan yem

masing2 muka da penat sangat.maklumlah perjalanan yang sangat panjang "sama x muka suami saya dengan suami lin...."

setelah berpanas dalam hampir 2 jam dlm feri akhirnya sampai kami berempat di bumi lagenda itu. bak kate suami saya "langkawi...... ain datang" haha da macam cite istanbul aku datang..


Pesanan dari along dan kak tini.
"ble sampai di sana jangan dibuang tiket tu.. untuk di jadikan pelepasan cukai semasa nak balik nanti".

harga tiket RM 23 so pergi balik RM 46. total tiket kami berempat pergi balik RM 184.

kami da book pakej penginapan+kereta sewa+island hopping    
Debaron Motel
semua RM 600 je...murah kan..kan..(^.^)V

pakej : Debaron Motel (2 unit)
kereta : Waja
island Hopping : 4 orang
(setakat ni ok la servis yang NBR lifestyle ni bagi)





==@" bersambung.......